Saturday, February 5, 2011

Contoh Karangan Surat Tidak Rasmi

336 Jalan Sri Wangi,

Taman Rashibah Indah,

70400 Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus .



Wakil Rakyat ADUN Seremban,

70400 Seremban ,

Negeri Sembilan Darul Khusus. 25 FEBRUARI 2010

Tuan ,

Masalah Kekurangan Kemudahan Asas di Taman Rashibah Indah


Dengan segala hormatnya , saya Muhammad Farhan bin Hanafi , selaku Setiausaha Jawatankuasa di Taman Rashibah Indah ingin membuat aduan kepada pihak tuan berikutan masalah kekurangan kemudahan asas di kawasan tempat tinggal kami.Buat pengetahuan tuan , pihak kami telah membuat aduan tentang masalah ini kepada Majlis Perbandaran Seremban tetapi hanya mendapat janji kosong daripada mereka dan tindakan yang sewajarnya tidak dilakukan. Taman ini telah dibuka pada awal 2000 dan sehingga kini masih belum dapat kemudahan asas yang sepatutnya disediakan.

2. Antara kemudahan asas yang tidak disediakan ialah kemudahan dewan serbaguna atau balai raya. Ini menyukarkan para penduduk taman ini untuk membincangkan kerja-kerja amal atau gotong royong. Selama ini , mesyuarat dijalankan di rumah-rumah penduduk taman ini dan ianya hanya membebankan tuan rumah terbabit. Hal ini demikian kerana disebabkan terlalu ramai ahli Rukun Tetangga yang ingin turut serta setiap kali mesuarat diadakan.

3. Masalah lain ialah kekurangan kemudahan pondol telefon. Sebenarnya, terdapat beberapa pondok telefon yang sedikit bilangannya tetapi telah rosak akibat perbuatan orang yang tidak bertanggung jawab. Pihak kami telah meminta pihak Telekom untuk membaikinya semula tetapi hanya tinggal janji-janji manis mereka sahaja. Hal ini telah menyusahkan penduduk sekitar yang ingin berhububng pihak berkuasa sekiranya terdapat kecemasan atau kemalangan. Begitu juga penduduk-penduduk yang ingin menelefon talian kecemasan jika terdapat sesiapa yang mengandung di mana perlu mendapat rawatan yang cepat. Rata-rata penduduk di sini berpendapatan rendah serta terdiri daripada golongan sederhana yang kebanyakannya tidak mampu memasang talian telefon di rumah.

4. Di samping itu, kemudahan permainan juga tiada di kawasan Taman Rashibah Indah ini. Selama ini kanak-kanak di taman ini bermain di jalan dan terbiar dan ini boleh menyebabkan mereka cedera akibat jatuh di atas tar yang keras. Taman permainan sebegini adalah perlu bagi mengelak kanak-kanak terbabit diculik oleh bajingan-bajingan yang tidak bertanggung jawab melakukan pemerdangan orang terutamanya kanak-kanak yang hangat diperkatakan di media massa mahupun media cetak. Secara tidak langsung , kewujudan taman ini dapat mengurangkan kerisauan dan kesangsian kepada ibu bapa.

5. Selain itu , kami juga mengalami masalah gangguan bekalan air yang menyusahkan penduduk untuk melakukan kerja-kerja domestik seperti membasuh,menyiram tanaman dan membasuh kereta . Kami berasa amat kesal kerana gangguan ini berlaku tanpa notis dan berlaku sekali semuinggu.Hal ini mengganggu urusan harian penduduk taman ini.Kerajaan telah mengadakan siding akhbar yang mengatakan pembangunan dan infrastruktur dan kemudahan awam yang menyumbang kepada rangkaian bekalan air dan pembetungan. Oleh itu , pihak yang berkaitan perlu melakukan inisiatif bagi meningkatkan kecekapan dan keandalan kemudahan dan perkhidmatan infrastruktur untuk meningkatkan kualiti hidup.

6. Tambahan pula , taman ini menghadapi kekurangan kawasan pembuangan sampah.Sampah-sampah yang berlebihan dari tempat pembuangan buang sampah yang sedia ada ini telah menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lalat.Perkara ini amat membimbangkan kami. Hal ini demikian kerana kehadiran lalat dan nyamuk ini boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya seperti taun,denggi,demam kepialu,keracunan dan beberapa wabak yang lain.Oleh itu , pihak tuan perlu mengambil tindakan atas permasalahan tersebut.

7. Kami juga tidak mendapat kemudahan peti pos.Sehungga kin I, segala surat diahntar ke kedai runcit yang terletak agak jauh dari rumah kami. Hal ini menyusahkan penduduk taman ini terutamanya kawasan untuk menghantar surat kepada saudara-mara.

8. Oleh itu , kami berharap agar pihak tuan prihatin tentang masalah yang dihadapi oleh segenap penduduk di taman ini. Kerjasama dan jasa baik tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang benar,

Farhan Hanafi

(Muhammad Farhan bin Hanafi)

Setiausaha,

Penduduk Taman Rashibah Indah,

Seremban.